Tuan Shahfireen Ezzaimy
Aku suka kau sebab:
- Kau banyak tersenyum . aku tak suka lelaki yang buat muka serius dan ketat semata-mata nak kontrol macho .
- Kau down-to-earth dan tak berlagak dengan apa yang kau miliki . aku tak suka lelaki yang menunjuk-nunjuk ketampanan , kemewahan , kekuatan , kebolehan atau kelayakan tinggi yang mereka miliki kepada khalayak ramai setiap hari semata-mata kerana nak disanjung dan dipuji .
- Kau berani menyatakan hasrat untuk memberi komitmen kepada aku tanpa teragak-agak di saat lelaki lain masih takut hendak menerima gadis pilihan dalam hidup mereka . aku tak suka lelaki yang penakut , suka membuang masa , dan lembab membuat keputusan sehingga sanggup melanjutkan dosa dengan keluar bersama gadis mereka yang dalam keadaan tertanya tanpa apa-apa ikatan dan hala tujuan .
- Kau seorang yang penyabar dan tidak cepat melenting bila ditegur atau dikritik oleh orang lain, malah menerima segala kritikan dan teguran dengan penuh rasa hormat dan terbuka . aku tak suka lelaki yang panas baran dan cepat melenting bila ditegur kesalahannya seolah-olah dia sahaja yang betul .
- Kau selalu memberi aku masa untuk bertenang, dan sentiasa minta maaf serta memaafkan aku setiap kali kita selesai bergaduh . aku tak suka lelaki yang pendendam dan tak mahu mengaku kesalahan sendiri lalu meninggalkan gadis dalam hidupnya untuk mencari orang lain sebagai ganti .
- Kau segera melaksanakan apa yang kau janjikan kepada semua orang walaupun terpaksa korbankan sesuatu perkara berharga bagi kau . aku tak suka lelaki yang cuma pandai bercakap kosong dan tak bertindak mengikut percakapan , lalu memberikan pelbagai alasan untuk menjustifikasikan sikap berdalihnya .
- Kau seorang yang penyayang, selalu mengambil berat terhadap orang lain termasuk aku , dan sentiasa muliakan kanak-kanak . aku tak suka lelaki yang berhati jahat dan kejam terhadap orang lain terutama sekali terhadap kanak-kanak .
Sebenarnya ada berjuta lagi sebab mengapa aku sukakan kau . 7 perkara di atas ini hanyalah permulaan kepada kesemua sebab tersebut . Mungkin aku tak akan mampu menyebut segala sebab itu sehingga akhir walaupun selepas pintu akhirat dah terbuka dan aku dah tiba di tangganya .
Tapi , aku akan cuba menggunakan masa yang tinggal ini untuk menghargai kau dengan sebaik-baiknya .
Older Post | Newer Post